nukilan seorang ayah.

nukilan seorang ayah.
BLACKBERRY 9800

Saturday, September 10, 2011

Lubuk semilang Langkawi

Salam kepada semua pembaca blog. Aktiviti kali nie pula aktiviti riadah aku gan family aku di Lubuk semilang,Langkawi pada 9 september 2011. Aku dan sekeluarga bangun awal pagi dan merancang sesuatu aktiviti riadah untuk pergi mandi manda di sana. Pada awalnya rancangan aku dan keluarga ingin beriadah sambil memancing ikan di pantai-pantai. Tapi setelah memikirkan keadaan yg tidak menentu dan angin lintang yg melintang-lintang. So, keputusannya hanya mandi-manda di air terjun Lubuk Semilang. Keadaan disana tenang dan tidak ramai pengunjung yg datang. Sebab semua masih tengah hot lagi nak raya kan..Aku pon berkubang la kat sana dengan tanpa hentinya...huuu SALAM

Wednesday, September 7, 2011

Hari Raya Aidilfitri di kampung 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada semua yg membaca blog ini special kepada rakan-rakan. Dikesempatan ini aku Muhammad Fahmi dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada salah silap dan halalkan makan dan minum aku dan keluarga.Aku nak story sikit raya tahun nie,tahun nie sambutan hari raya sangat meriah sama seperti tahun-tahun yg lain. Dapat berjumpa sepupu sepapat dan kawan-kawan yang berdekatan dgn kampung aku di muar.But satu jer yg sedih tahun nie iaitu duit raya aku ta cecah RM100 pon..hahahaha.. adoooii






Tuesday, September 6, 2011

cameron highland :)

Selepas berlaluny hari raya Aidilfitri yg ke 5 pd tahun 2011,dalam perjalanan ke Langkawi . Aku dan sekeluarga sempat singgh puncak tertinggi dan membelah Banjaaran Titiwangsa iaitu Cameron highland. Banyak pengalaman yg aku belaja tntg tmpat tu antaranya hasil tanaman teh,bunga-bungaan dan bnyak agy lah. tapi ada sesuatu aku tak ley tahan sewaktu berada disana iaitu cuaca dan laluan ke puncak.Cuaca di C.highland sangat sejuk bagi aku sehingga mencecah 22'c. Manakala laluan ke puncaknya yg berbenkang benkuk membuat penumpang behenti kereta dan muntahh.,.buweekkk!!! adoiii.. huuuuu







Monday, September 5, 2011

jamming KTR studio 2011






Ini merupakan salah satu aktiviti yg aku dengan member-member aku lakukan untuk melepaskan kerinduan tahap kritis untuk berkugiran bersama. Gambar ini di rekod pada Hari Raya Aidilfitri yg ke 3 pada tahun ini. Walaupon sumbang tapi semua itu masih lagi boleh diperbaiki dan menubuhkn sebuah band yang begitu mantap setanding band luar.

Kadet Koresional





Dalam sejarah sekolah-sekolah aku yg dlu aku memamg punyai banyak sekolah. Dalam rekod sekarang aku da lalui 5 sekolah di pelbagai tempat. Yang terakhir di Kolej Sultan Abdul Hamid,Alor Star Kedah.Tambahan lagi masa sekola-sekolah dlu aku memang minat berkadet-kadet nie.Antaranya nie la,Kadet Koreksional.Pembaca-pembaca blog mesti ta pernah dengar tentang kadet ini.Kadet ini ditubuhkan hanya dibeberapa buah sekola sahaja di Malaysia. Kadet ini ditubuhkan disekolah sempena melatih pelajar-pelajar sekolah tentang sebuah badan seperti polis,askar dan bnyk lagi dan ini ialah anggota penjara.Jawatan yg pernah aku sandang semasa mengikuti kadet ini ialah Pengerusi.Aku di beri jawatan ni bkn disebabkn aku nie bagus ke tak, tetapi oleh kerana bapa aku merupakan antara pegawai berjawatan tertinggi berkerja di Penjara Kluang. jadi, cikgu-cikgu sekola pon bagi kat aku.

Musik sebagai penghibur. :)



Gambar ini diambil pada tahun 2009 iaitu ketika aku berumur tingkatan 4. Jika pembaca blog ingin mengetahui hobi seorang insan ini,ini lah dia. Bermain gitar. Aku meminati untuk bermain gitar sejak umur aku lingkungan 13 hingga 14 tahun dan masih meneruskn minat itu sehingga sekarang. Permulaan hobi ini dikenalkan dalam hidup aku menerusi jihad seorang sahabat yg bernama Mustakim al-hadi iaitu seorang pendakwah dari Mesir..hahaha..Sebenarnya dia merupakan seorang yg sukakn musik dan jiwa kami berdua ini telah membikin satu kumpulan guitar rancak dalam mempertandingkan diri dalam Battle Of The Band di sekolah dahulu. Antara anggota lain yg mengikuti:
Haikal Md. Noh.
Musa Al-Hafiz dan
Zunnurin Zohri.

Pengenalan:Saya kenalkan,ini lah saya.


Nama aku Mohamad Fahmi Zohri .Aku sememangny anak jati Johor dan aku dilahirkan disitu pada tahun1993. Kini aku melanjutkan pengajian aku di sebuah UITM Merbok di Sungai Petani, Kedah. Disana aku mengikuti dalam sebuah pengurusan iaitu Banking Management dan akn melaporkan diri pada 16 september 2011. Aku harap pemilihan aku dalam menerusi pengajian ini akan membuahkn hasil yg membanggakan diri,keluarga dan rakan-rakan pada masa hadapan.So ini lah orangnya yang menghasilkan blog ini dan cuba berkongsi sisa-sisa hidupnya dengan orang lain. Apa-apa yg menarik kita kongsikan dan yg ta menarik pon kita kongsikan. SALAM