nukilan seorang ayah.

nukilan seorang ayah.
BLACKBERRY 9800

Monday, November 7, 2011

holidays on seven wells langkawi !! XD (telaga tujuh laaa)

                                            
                                                       
 Assalamualaikum to All Blogger!!
selami hati..selami jiwa.. selami minda,,selami lautan dalam !!

 EDISI: 5 Nov 2011.
TEMPAT: Telaga Tujuh Water Falls Langkawi.

 Pada 5 Novermber 2011 bersamaan berapa2 hijarah, aku sekeluarga merancang untuk bercuti sambil beriadah di.........SEVEN WELL WATER FALL LANGGGKAWIIIII!!!! yeaahhhh!!,, habis gila dah urr tuhh, hahaha. umm.. kali nie aku ingin mencadangkan salah satu tempat destinasi peranginan yang bestt!! ada kat Langkawi. Nama nya ialah telaga tujuh, tapi sepanjang aku mendaki bukit sehingga ke puncak takada la pulak telaga nya, satu pon takada. maybe ianya hanyalah mitos semata2, tiada kene mengena yang mati atau pon yang hidup,. kan2!! hem.adala tu crita2nya. kenapa aku memilih tempat nie? aku sendiri yang nak jawab kn. Sebab keunikan flora dan fauna yang mengamit memori yang indah serta burung-burung berterbangan keindahan cahaya matahari menyinari. hahaha. falsafah yee. huhu. sebenarnya ianya cukup sesuai lah kalau mahu beriadah bersama keluarga dan bermandi- manda dengan air terjun yang sejuk. so mari kita lihat!!


 asalnya mamat nie nak post hensem la kan.. tp ap leh buatkn dah memang hensem pon...(dikaki bukit telaga tujuh)



 bersama abg,adik2 sekalian..

sebenarnya nie bkn apa,disebab hampir semput mendaki gn peluh sume cukup kitaorang pon berhenti sebentar rehat skit then amik2 gambar..( di pertengahan bukit)





 haaa. dah tiba pon.. kat sinie la tempat dimana kami menikmati air sejuk water fall nya.. budak2 mandi tempat cetek yee!!




 dalam tengah mandi2 tuh leh plak nak lawan badan spa lagi tough..korang sume leh tahu badan sapa lagi tough kann!!.. huhu

 haaa. yang nie terakhir sekali aq amik lah gambar water fall nya. nnti korang ingat aku nie kencing je kan. Selepas selesai mandi2, makan2.. kitaorang pon tukar baju dan pulang lah rumah.. SEKIAN!!!

Sunday, November 6, 2011

Salam aidil adha: menyelami Erti pergorbanan 6.11.2011

Mari semua pembaca2 blog kita selami APA ITU ERTI PERGORBANAN pada hari raya aidil adha.,
Ditulis pada November 26, 2009 – 11:17 pm | Oleh nuaeman 13Share
Suatu Ketika..
Adam yang akhirnya bertemu Hawa di bumi ciptaan Allah lalu terus saja memulakan hidup sebagaimana fitrah. Dari hidup berdua Allah kurniakan pula cahayamata. Begitu hebat kuasa tuhan setiap yang lahir pasti berpasangan. Ada lelaki dan ada perempuan. Diantara yang ramai, Qabil dan Habil menjadi tumpuan atas sebab satu kisah yang takkan luput diingatan. Diantara keduanya pula Qabil dahulu yang ditakdirkan melihat dunia bersama pasangan kembarnya Iqlima sebelum menyusulnya Habil berserta Lubuda. Setelah menjalani hidup sehingga kenal rasa cinta dan nafsu berahi datang pula ilham kepada Adam untuk menjodohkan Qabil dengan adik kepada Habil,Lubuda manakala Habil pula perlu mengambil Iklima sebagai isteri. Memberontaklah Qabil tanda tidak setuju dengan keputusan sang Ayah dek kerana dirinya telah dikuasai rasa cinta pada fizikal Iklima yang menurutnya tidak mampu ditandingi Lubuda.  Berbeza pula dengan Habil yang redha dengan apa jua ketentuan.
Untuk mendapatkan keputusan seadilnya tiada lain melainkan Allah sahaja tempat selayakNya dipohonkan petunjuk. Kaedah yang dicadangkan Adam ialah dengan kedua-duanya melakukan KORBAN dan barangsiapa yang Allah terima korbannya maka keputusan dialah yang akan diambil. Setuju dengan saranan ayahanda mereka, Qabil dan Habil laksanakanlah Korban dengan masing-masing punyai harapan berbeza. Habil mengharap redha Tuhan manakala Qabil memendam hasrat kehendaknya mesti diperturutkan. Sudah menjadi kebiasaan, mereka-mereka yang ikhlas akan mendapat ganjaran. Begitulah suratan, bilamana Korban Habil diterima tetapi Korban Qabil tak terusik tanda bukan pilihan Tuhan. Kesan tidak dapat menerima ketentuan Tuhan, Qabil hanyut oleh bisikan yang dihadirkan syaitan sehinggga terjadinya  pembunuhan pertama dalam sejarah kehidupan manusia…
Di Suatu ketika yang lain…
Bingung sementara Nabi Ibrahim bila memikirkan mimpi yang telah menjengah tidurnya. Di dalam mimpi itu Baginda melihat puteranya Ismail disembelih. Hatinya berat mengatakan bahawa ini satu arahan dari Tuhan yang mana Baginda tiada pilihan lain selain mengurbankan putera kesayangan. Bertemulah Nabi Ibrahim dengan Ismail demi menyatakan perintah yang cukup menguji ketaatan dari Allah. Ternyata Ismail juga mempunyai tahap ketundukan yang begitu tinggi kepada Tuhan dimana tiada riak sesal dihatinya melainkan cukup bersedia untuk menghadapi dugaan yang satu ini beserta harapan moga termasuk di kalangan orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya bersedia maka berangkatlah dua beranak ini mencari kawasan untuk melaksanakan taat setia yang boleh diistilahkan sebagai Pengorbanan. Walaupun sangat berat untuk dilakukan, demi mencapai redha Allah mereka berdua akur. Saat pisau hampir sampai ketengorokkan Ismail, tuhan sekali lagi menunjukkan kekuasaan-Nya. Tertanya perintah Allah hanya untuk menguji tahap ketaatan hamba-Nya. Jasad Ismail telah digantikan dengan seekor kibas. Maka terjadilah peristiwa Korban yang menjadi tonggak sejarah umat Islam sepanjang zaman.
________________________________________________________________
Banyak pelajaran yang boleh diambil dari dua kisah sejarah ini. Itupun jika kita mahu berfikir. Dalam kisah Qabil dan Habil contohnya, korban yang dilakukan mereka boleh dikaitkan dengan diri kita. Berapa ramai dari kita sekarang ini yang memilih untuk menjadi seperti Qabil dalam soal beribadat. Sepertimana Qabil yang menyerahkan tanaman-tanaman yang rosak untuk dijadikan Korban sehingga tidak diterima Allah, kita juga boleh persoalkan diri kita sejauh mana kualiti ibadah yang kita laksanakan lebih-lebih lagi Solat.
Ketaatan Nabi Ibrahim kepada perintah Allah juga sepatutnya mambangkitkan kita dari lamunan. Kalau diselidiki, banyak perkara kita tak mampu berkorban demi menurut perintah Tuhan tetapi menjadi sebaliknya dalam perhubungan sesama manusia. Seorang gadis sanggup mengorbankan mahkota suci demi cinta tulus kepada seorang lelaki, Seorang pekerja sanggup mengorbankan Solat dan juga Aurat demi kepatuhan yang tak berbelah bahagi kepada majikan, Seorang peniaga sanggup mengorbankan jati dirinya untuk menerima rezeki haram demi mengejar kekayaan dan pelbagai lagi. Betulkah nilai pengorbanan yang dilakukan itu? Itukah tanda ketundukan serta Cinta kasih kita pada Allah dengan ketulusan hati…?